Usai solat isyak, mataku terasa seperti sedang menampung gula seberat 2kg. Aku gagahkan juga diri untuk terus menongkat mata tanpa menggunakan batang mancis kerana malam masih muda. Jam baru menunjukkan pukul 6.50malam. Uishh mana boleh tidur lagi, buku-buku sedang menanti, berbloglah sekejap. Sejak dua menjak ini, aku telah menukar waktu tidurku kepada pukul 9 malam, yang pada kebiasaannya aku akan tidur pada pukul 12 tengah malam. Apabila tidur awal, maka bangun tidurnya juga mestilah awal. Ada seorang ustaz pernah berkata bahawasanya musim sejuk ini diumpamakan sebagai musim bunga untuk orang Muslim. Kerana apa? Haaa kerana waktu siangnya lebih pendek dan malamnya lebih panjang. Dapatlah orang Muslim bangun untuk beribadat kepada Allah. Jangan main-main, korang ingat tak seksa ke, nak bangun di tengah malam untuk mengangkat selimut yang tebal pada musim sejuk dan membuka air sudah tentunya sejuk untuk mengambil wudhuk. Fuh, nikmatnya tidur tetapi lebih nikmat lagi apabila memikirkan janji-janji Allah. “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana Aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka Aku ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka Aku berikan kepadanya.”
Adakah korang tidur secomel kartun ni? Ayuhal Muslimin, Assalatu khairum minan naum - Prayer is better than sleep..Berulang-ulang kali kalimah itu dilaungkan oleh bilal masjid-masjid di Tanta tiap-tiap kali tengah malam.
Aku masih meraba butang-butang huruf di laptopku dan sedang merangka-rangka ayat untuk terus mengarut dan akhirnya korang akan menekan butang pangkah dengan segera. Berbalik kepada ceritaku tadi, aku rasa aku dah jumpa jawapan kenapa mataku berat semacam je ni. Petang tadi aku pergi membeli barang-barang dapur dengan berjalan kaki kerana semua pakcik-pakcik teksi tidak mahu menghantar kami ke Fathallah, sebuah supermarket yang agak terkenal di Tanta. Hebat tak hebatnya supermarket ni, apabila terdapat sebuah troli A yang lalu arah dari bertentangan dengan kita, kita terpaksa mengundurkan troli kita ke belakang untuk memberi laluan kepada troli A tadi. Dapat gambarkan atau tidak keluasan Fathallah tadi?Sedang dalam perjalanan ke fathallah, aku bersama sahabat singgah di sebuah kedai roti untuk mengisi perut yang lapar. Sebaik sahaja roti dibayar, aku terus memakan roti yang berintikan jelly kuning bersalutkan coklat akibat kelaparan. Ermm... laziiz awi (sedap sangat), terlupa pulak nak tanya ammu (pakcik) kedai tuh, apa nama roti tuh. Sedang khusyuk aku makan roti itu, tetiba sekumpulan abang-abang arab lalu sambil memandang pelik ke arah kami . Aku bermonolog, "Alah, orang makan roti pun pelik ke? Macamlah dia tak pernah makan roti kat tepi jalan macam ni." Haha tengok cepat betul hati aku bersangka buruk.Eh Ekin, cubalah kau berfikiran positif sikit, Entah-entah abang-abang arab tuh saja nak pandang dinding belakang tuh ke kan. Entah-entah dia saja nak pandang makcik-makcik arab yang lalu tuh ke. Kan senang bersangka baik macam tuh.
Aku tahu memang susah, sebab kita manusia, memang tak lari dari nak berfikiran negatif tetapi kerana kita manusia jugalah, kita kena berfikiran positif. Cuba dan cuba...Bebaskan dirimu dari dibelenggu, Teruskan langkahmu ayuh kita maju..Bercerita tentang sikap positif, banyak tauladan yang boleh kita peroleh dari al Quran. Ketahuilah 3/4 di dalam al Quran itu terdiri daripada cerita-cerita dan ambillah ibrahnya (pengajaran). Aku tertarik dengan cerita yang diceritakan oleh seniorku. Mari kita menyingkap surah an-Naml.
- Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). (QS. 27:17)
- Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; (QS. 27:18)
- maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Rabbku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS. 27:19)
- Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud 1094, apakah dia termasuk yang tidak hadir". (QS. 27:20)
- Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang". (QS. 27:21)
- Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba 1095 suatu berita penting yang diyakini. (QS. 27:22)
- Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita 1096 yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. (QS. 27:23)
- Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, (QS. 27:24)
aku melangkahkan kaki, berjalan, melihat, mentafsir, jatuh tersungkur lalu bangkit semula kemudian berjalan kembali ke destinasi
Itulah roti yang aku makan di tepi jalan tadi. He..strawberi berlunggok-lunggok musim sejuk ni. Sedapnya cicah dengan coklat. Bungkusan kotak dari Malaysia, berat yang amat. Mak hantar macam-macam sampai 16kg lebih. Target yang pelik dan orang yang pelik. Hoit siapa cakap kejayaan tuh milik orang yang pandai je, kejayaan tuh milik orang-orang yang berusaha. jadi Norashikin cepatlah, apa lagi..pergi baca buku sekarang jugak.. OK pergi dulu korang...
10 comments:
faraulah!!!
byk kan! sedap~
ekin...diorg pndg sebab makan berdiri la..kalau kt terendak itu perkara lumrah..makan roti smbil berlari ke perhimpunana...sekrng tidak dah laaa....
abrar: haha..bnyak2,,,bes2
abg kery,,,a laa..arab2 pun mkn berdiri ape..hehe
sy x buat tuh keje mkn roti smbil berlari ke perhmpunan.. abg kery la tuh..kntoi ..hehe
ehemmmmmmmmm! 3.69245? spe punya pointer tu ekin?? isha tau :p
-Harishah
pehh isha persis org2 dulu yg dh mkn garam..haha
-lari-
haha mcm sedap je roti uh...
jgn liat2 nk bangun ekin..terigt seksa kejot ekin bangun kt maktab.huhu.btw tudung yg ekin pakai kaler pink bunga ros tu its look same with my tudung toO.haha.sempat lg
peyuz: hehe a,aa sedap2..
kak shera ..akak jgn kntoikn..tuh zmn knak2 kak..ni dh remaja dah..dh x liat lg..hehe sy bgun sblum bnyi alarm lg...hehe
a,aa cntikkn tdung kita..heheh
waaHH.bgos2 mcm tu. xboley bla ea ekin bngun before alarm lg.cayalah. jgn lempar jam loceng tu dah la ok. yupp.sgt cantek.heee
hehe...jgn2..buruk btol kak prgai lmpar jam loceng
Catat Ulasan