Persatuan Orang-Orang Comel Sedunia cakap gambar menunjukkan seribu makna. Jadi tak perlulah aku berkata-kata lagi kerana kamu semua boleh melihat gambar di atas. Itulah yang cuba aku maksudkan. Dapat tak semua maknanya?
Terasa semalam seperti bermimpi tapi betul lah Allah hilangkan mentari, Allah datangkan hujan dan guruh. Puas kita menangis mencari mentari. Rupanya Allah nak beri kita pelangi. Norashikin bahagia saat ini. Semoga itu keputusan yang terbaik. Semoga Allah redha segalanya. Ameen.
Aku tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Norashikin yang sedang mengembara di bumi Tuhan. InsyaAllah cuba untuk menjadi yang terbaik.
"Bila sentiasa istiqamah dan bersedia ke arah benda yang baik.. Allah akan sentiasa buka jalan, kadang-kadang tu kita tak tahu datangnya dari mana."
Cakap nak kek semalam. Nah keknya. Hee
Cakap nak kek semalam. Nah keknya. Hee
6 comments:
saya doa semua bahagia..
=)
tengkiu abrar..ameen :)
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Semoga Allah redha dunia dan akhirat :-)
Ameen ya rabb :D:D:D
tumpang bahagia sekali la :)
ok terima kasih :)
Catat Ulasan