"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 1 Mac 2011

Jangan kacau anak orang

بسم الله الرحمن الرحيم
Di satu pagi yang hening, aku cuba berlumba lari di facebook. Ketika sedang berlumba lari, tiba-tiba nafasku semput. Eh ini tidak mungkin terjadi kerana dahulu aku selalu mewakili acara lari-larian di sekolah. Tenang-tenang Norashikin. Cuba kau cari sekali lagi. Mana tahu kalau-kalau terjumpa. Eh memang tiada, yang di cari sudah hilang. T__T Berair mata sebentar, panik dan kembali tenang. Sekarang dah jumpa. Aku tahu mesti semua tengah mengatakan lagu blogku comel. Lagu blog semestinya comel seperti tuan blognya juga. Wooo nanti dulu, jangan muntah-muntah di sini. Nak loya-loya tekak, sila main jauh-jauh dari sini. Kotor blogku nanti.Keh3.

Maksud bunga dan air hujan itu apa??? .........tettt jawapan anda salah sama sekali

Masuk kali ini dah berapa banyak kali aku menukar lagu. Sekejap aku bilang.1,2,3..Ok dah tak ingat. Norashikin jangan sesuka hati kacau anak orang. Sesuka hati kau nak buzz-buzz anak orang. Eh siapa cakap tak boleh kacau anak orang? Anak orang sibuk buat esaimen mungkin, sibuk study mungkin atau memang jangan ganggu langsung? =.= (ni simbol tengah buat muka apa?)

Aku rasa-rasa mesti semua pembaca blogku dah ramai lari meninggalkan Penaku Menari terkontang-kanting seorang diri. Mananya tidak setiap kali entri yang dihupdate semuanya mengarut-ngarut. Tak kisahlah kalau semua nak lari, tak nak baca pun tak pa. Biar aku baca blog aku sorang-sorang diri.
Sekarang kebosananku sedikit terisi kerana aku sudah menapakkan diri ke kedai ayah semula. Sebaik sahaja aku pulang dari Mesir, aku sedikit terkejut melihat perubahan di kedai ayah. Kedai runcit ayah telah direnovate, rak-rak semakin meninggi dan bertambah, barang-barang semakin-makin bertambah, semakin bertambah-tambah jenama barang dan alhamdulillah semakin bertambah-tambah pelanggan.

Gambar-gambar di sebahagian sudut di kedai ayah, terdapat sudut-sudut kedai yang tiada di bawah. Perbezaan dengan semasa mula-mula dibuka dahulu di sini (klik untuk melihat). Perbezaan selepas beberapa bulan daripada tadi.( Klik untuk melihat.)Masih lagi kedai runcit, belum jadi supermarket lagi. :)






Aku mengalami kesukaran pada mulanya kerana ada di sesetengah barang yang tidak dilabel tanda harga. Semuanya barang baru, manalah aku tahu harganya. Terpaksa aku memanggil ayah dan emakku kerana mereka lebih arif akan harga barang dariku. Seronok di kedai ayah kerana banyak ragam manusia yang dapat ku lihat. Kita samakan sebab suka melihat orang-orang, (eh salah, itu kat sawah bendang, orang je). Baiklah suka melihat telatah manusia.

Aku kununnya rajinlah. Pergi kedai ayah sambil membawa buku Anatomy (abdomen). Baru dua, tiga huruf aku baca, datang pelanggan. Aku berhenti membaca sambil tersenyum bersedia untuk mengira barang-barang yang hendak dibayar. Baru hendak sambung membaca, datang pula pelanggan yang lain. Tidak sempat aku untuk memberitahu harga yang perlu dibayar kepada pelanggan tadi, datang pakcik lain pula dan kebanyakan semua bertanya kepada tentang keadaan di Mesir bagaimana dan bagaimana pelajaranku. Sibuk aku untuk melayan soalan-soalan pakcik dan makcik yang bertanya, sibuk aku untuk mengira barang-barang pelanggan lain, sibuk aku bertanyakan apa yang mereka mahu kepada pelanggan yang baru sampai dan sibuk aku menunjukkan kepada pelanggan yang sejak tadi datang tetapi tidak menjumpai barang yang ingin dibeli. Fuh Fuh, tarik nafas dalam-dalam. Memang sibuk tak menang kaki dan tangan. (Kaki dan tangan bergaduh sendirian)

man jadda wa jadda—barang siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya


Indahnya hidup ini kan umpama kanvas yang indah dan mengasyikkan. Tetapi dalam keindahan itu juga, ada terpalit warna yang mencomotkan. Cuma aku berharap, apabila masa berlalu dan semakin banyak warna indah yang tercalit, warna yang comot itu akan tenggelam. Tidak hilang, masih kekal di situ, tetapi ia akan bersebati menjadi sebahagian yang utama pada kanvas.

Isha bertanya,"Ekin, kenapa pic fb gambar lelaki? Nak jadi 1 emosi, 9 akal ke?" lalu aku menjawab," Nostalgia sorang-sorang diri. "

Sebak terkenang saat dia semangat bercerita akan cita-citanya sejak kecil hendak ke bumi itu."Aim for the moon,even if you miss it, you'll become one of the stars."

9 comments:

HH berkata...

alahaiii comelnya lagu. suka 'dengar' ekin membebel kat blog. haha. moga Allah beri yg terbaik utk kamu berDUA :)

Norashikin Abdullah berkata...

comelkan lagu..hehe ..ekin membebel kat blog,smer cepat2 pangkah, diorang maleh nak baca.. :):):)

cikfaiq berkata...

comell laa laguu. *tuan dye tak sgtt. :P

Norashikin Abdullah berkata...

hehe mmg comei..eleh faiq..itu kata2 org jeles :P

Muhamad Dinie berkata...

tuannye sangat perasan la kali nih..haha

Norashikin Abdullah berkata...

sekali sekala dinie..ni pun jeles juge

peyus berkata...

ekin membebel macam mak nenek oh. eh,gurau saje. nanti bila ekin dah banyak duit, bole tolong buat supermarket untuk ayah ok?

Norashikin Abdullah berkata...

haha..nasib la sape yg mmbaca..ekin mmg suke membebel.. :P
ok peyuz..insyaAllah

Akmal berkata...

wah, macam makin meriah jer kedai ayah ekin nih :D