بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua...Hari ini mari kita memulakan entryku dengan diolog sebuah filem. Eh apa tajuknya Ekin? Ayat-ayat cinta? Ketika Cinta bertasbih? Dalam Mihrab Cinta? Syurga Cinta? Cinta Tikar Sejadah? Mengapa filem-filem berunsurkan islami ini banyak sangat perkataan cintanya. Pasti CINTA itu suatu perkara yang besarkan? Rujuk di sini (Ceh promote entry lama). Mungkin juga sengaja tajuk sedemikian rupa diletakkan kerana hakikat penonton akan tertarik pada luarannya dahulu. Jikalau sudah tajuknya tidak menarik hati, siapa yang ingin menonton filem itu.
Aku menyokong pernyataan Imam Muda Asyraf di dalam blognya(klik sini). Mestilah kami sama-sama orang Pulau Pinang. :D
"Stigma cerita agama perlukan watak seorang ustaz, perlukan tasbih dan kopiah digambarkan seolah ianya baru berbentuk rancangan agama. Sedangkan ciri-ciri akhlak yang baik dan mendapat restu agama itu sudah cukup membuatkan ianya rancangan agama. Jika jalan ceritanya menggambarkan keadilan, kesaksamaan, kasih sayang, percintaan suami isteri, maka ia juga selayaknya dipanggil rancangan agama."
Leman: Eh kau buat apa tuh Meon. ?
Meon: Aku sedang mendownload lagu-lagu terbaru di pasaran. Jangan kacau aku.
Leman: Aku tak kacaulah, sekadar bertanya. Kenapa tidak kau mendownload ceramah-ceramah agama. Kurang-kurangnya di waktu lapang kau boleh mendengarnya.
Meon: Oh sorry sikit, eh tak, banyak, yang itu untuk orang-orang macam kau sahaja. Aku tak boleh dengar. Tak kena dengan jiwa.
Leman: Eh, aku orang apa? Kau orang apa? Bukankah kita sama-sama hamba Allah. Jika lagu-lagu sedemikian rupa kau boleh dengar. Ceramah-ceramah agama kau tak boleh dengar. Mesti ada something wrong dekat kau ni.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud. "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."Setelah membaca hadis di atas, jadi apa benar mereka-mereka yang tidak menutup aurat berkata begini? "Eh tak pe la, walaupun aku tak bertudung, hati aku baik." Jadi apa benar mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berkata begini? "Eh, aku walaupun tak sembahyang 5 waktu, aku bukan pergi berzina pun, hati aku baik taw." Tapi Norashikin, kan mat saleh cakap "don't judge a book by its cover". Memang betul tak baik cakap kat orang macam. Penampilan luaran tidak menentukan apa yang ada di dalam hati mereka tapi tapi hakikatnya. Apa yang ada di dalam hati akan terpancar keluar pada penampilan luaran seseorang.
Eh Norashikin, kau jangan macam-macam. Mak ayah aku tak pernah pun suruh aku solat dan tutup aurat semua-semua ni. Kau jangan nak jadi malaikat kat sini. Ya Allah, siapa cakap aku malaikat. Aku pun manusia juga. Cuba kau pergi tanya Malaikat yang catat amalan dosa aku. Mesti tak terhitung dosa aku. Bergunung-ganang agaknya. Aku diri ini tapi kita sama-samalah perbaiki diri kita. Manusia itu memang tidak sempurna tapi kita boleh menuju ke arah kesempurnaan. Meh sini, aku nak pimpin tangan hang. Kita berjalan berpimpin tangan menuju ke syurga. InsyaAllah. Ameen.
Iyelah kadang-kadang tidak boleh disalahkan juga kerana persekitaran mereka begitu. Mereka telah membesar dengan cara sebegitu sejak dari kecil lagi. Sedangkan ikan di lautan yang masin itu juga punya jati diri. Ikan-ikan di lautan, mereka juga hamba Allah tetapi tidak berakal mampu memegang jati diri mereka agar tidak terpengaruh dengan masin air di lautan. Mereka tetap mereka. Apabila aku makan, ikan itu tetap rasanya ikan. Manusia macam kita lain kan. Kita punya akal untuk berfikir. Woii..ikan masin tuh lain la.
Hakikatnya kita tahu tetapi tidak mahu berubah. Sehingga bila kita tidak mahu mengupgradekan diri akan soal akhirat. Jikalau soal dunia, pandai pula kita. Sudah bekerja bertahun-tahun di syarikat ini, bos tidak pernah pun naikkan gaji dan pangkat. Maka mogoklah. Jikalau tidak tahu, maka pergilah belajar. Biar sedikit ilmu yang ada. InsyaAllah beramal dengannya. Moga dapat manfaat.
Hati ini perlu diisi. Perlu diisi dengan perkara-perkara yang mendekatkan dengan pencipta. Jika kosong maka datanglah syaitan dan konco-konconya mengilhamkan idea-idea yang merosakkan manusia alam sejagat serta buana. Eh yang halal jelas halalnya. Yang haram jelas haramnya. Allah menghalalkan sesuatu kerana ianya mendatang banyak kebaikan kepada kita. Allah mengharamkan sesuatu kerana ianya banyak mendatangkan kemudaratan kepada kita. Susahlah buat benda yang haram, penuh perasaan takut, takut orang marah, takut Allah marah, nanti dapat malu lagi. Baik buat benda yang halal. Hang solat. Ada orang nak marah ke?
##Entry dibuat kerana penulis merasakan dirinya jauh terlalai dan terleka. Entry ini untuk mengingatkan diri sendiri juga peringatan bersama
##Sedih pula di saat-saat akhir bakal meninggalkan tanah air.
##Tidak sabar pulang ke mesir. Rindu akan segalanya yang ada di sana. "The New Misr". Abrar cakap sana masih sejuk. Yeepi.
9 comments:
apparently, suhu malam ni 18. not a good sign. syita dah di penghujung musafirnya. cepat-cepat balik...=)
cepatnya ada entri baru. siap tukar lagu lagi.
alaa yeke dh 18..jgn2 tnggu ekin balik..nk rse angin musim sejuk lagi
tuh la..bosan dgn lagu lama :D
cinta itu tidak boleh dibuang dan dibunuh, tp hnya perlu dikawal dengn suluhan agama dan fitrah yg suci.. Agama tidak pernah menekan dan menghalang, tp dia hanya menyediakan jalan agar lebih teratur dan sempurna.. Beruntung sngt bg sesiapa yg ingin ambil tahu dan ingin memahaminya :-)
Norashikin nak senyum je la.. :D:D:D
CINTA =)
CINTA =)
hui sampai dua komennya
:D
wah full house nye lagu...
best2....
cerita dia best giler....
mcm mane skrg????
chat ke???
a,aa best..sihat alhmdulillah
Catat Ulasan