Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
Teruskanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
Mengenali dirimu merupakan sesuatu yang indah buat diriku.Betapa kubersyukur kepadaNya kerana menemukan diriku dengan dirimu.Mungkin diriku tidak seindah dirimu dan tidak sepintar dirimu, namun kucuba untuk memperbaiki diri ini. Tatkala mendung menjelma di hatiku,kau hadir bagai sang suria.Tatkala diriku buntu,kau hadir menguraikan kekusutannya.Aku tidak tahu jikalau diriku ini tidak dipertemukan dengan dirimu, mungkinkah hujan lebat yang sentiasa melanda hatiku akan teduh.Walaupun kita tidak pernah bertemu, namun aku yakin suatu hari nanti kita akan dipertemukan.Aku sentiasa mendoakannya.Moga kejayaan dunia dan akhirat selalu mengiringi kita.
3 comments:
assalamualaikum...
diriku x sehebat mana
namun penghargaanmu cukup menggamit kasih
mendewakanku, jgn sesekali
cukup utk kau tahu
hadirmu memberi kesan
andai diberi peluang
bertemu dirimu, ingin sekali :D
testing...
Ini kisah anda dan dia!
saya hanya orang ketiga!
tapi kenapa mata ini yg berkaca?
ouh mungkin kerana lagu latar yg sentimental...
tidak, bukan kerana lagu!
tapi kerana sebuah kisah!
kisah sebuah persahabatan!
semoga persahabatan anda dan dia berkekalan!
hubungan yg tiada pengakhiran!
=)
Catat Ulasan