"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Isnin, 24 Januari 2011

Acid atau Alkali. Neutral je la :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ermmmmm, aku buntu bagaimana untuk menaip di blogku ini. Sekejap sila beri aku 3 saat untuk berfikir. 1,2,3 ok aku tak dapat. Jadi hari ni aku telah membuat keputusan untuk tidak menaip apa-apa di blog ini. Jadi korang bolehlah tekan butang pangkah. http://www.emocutez.com(Haha, mesti semua dalam hati mengucap kesyukuran yang tak terhingga kerana kali ini Norashikin tidak membebel panjang-panjang dan tiada sesiapa mahu membaca.) Esok gamaah (universiti) cuti sempena Hari Polis Mesir. Menurut cerita daripada doktor yang mengajarku, katanya Once upon a time, in year 19_ _ (baiklah, aku tak dapat mengingat tahunnya) pihak Jerman telah menyerang Mesir. Ketika itu ramai polis yang telah terkorban dan hari ini sempena memperingati perjuangan polis-polis Mesir yang terkorban ketika pertempuran itu. Baiklah yang cuti itu gamaah, Norashikin boleh bercuti tak? Nope, you can't.. sehinggalah hari terakhir peperiksaan pertengahan semester akan datang.

"Hidup ini umpama jambatan. Tempat kamu menyeberanginya dari alam arwah menuju alam Akhirat. Tiada orang yang berakal sanggup membina kediaman yang mewah di tengah-tengah jambatan tersebut, kerana ianya bukanlah tempat untuk menetap, tetapi tempat untuk melaluinya semata-mata."


Hendak tanya satu soalan boleh tak? Adakah hidup ini sebuah pilihan? Sukarnya dalam proses menjadi pra-dewasa. Lebih senang melihat anak kecil. Berlari ke sana ke mari, berlompat ke sana dan ke sini, bergelak tawa sesuka hati, apabila lapar disuapkan makanan dan apabila dahaga diberikan air, tanpa perlu memikirkan apa-apa jua perkara, masalah dan tanggungjawab.http://www.emocutez.com Semua keputusan terletak pada ayah dan ibu. Jikalau begitu semua orang mahu menjadi anak kecil. Hidup dalam dunia khayalan sendiri yang hanya tahu bermain, makan dan tidur. Mungkin mereka yang pendek akal akan berkata sedemikian rupa. Adakah aku pendek akal? Huh, kadang-kadang aku jarang berfikir panjang tetapi setelah perkara itu berlaku barulah yang aku tersedar yang rupanya salah keputusanku itu tetapi yang di atas itu hanyalah sebuah imaginasiku.

Allah s.w.t. berfirman:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُون

Maksudnya: "Adakah kamu menyangka Kami (Allah) menciptakan kamu sia-sia dan kamu tidak akan kembali kepada Kami?" (Surah Al-Mu'minun:115)


Semuanya tidak akan berlaku kerana itu bukan tujuan kita dan kehidupan ini diciptakan. Kehidupan terjadi kerana adanya cerita dan cerita terjadi kerana adanya kita. (Oh, aku tak suka sangat mengarut sebenarnya). Jikalau tiada cerita, perkara, masalah dan tanggungjawab, itu bermaksud tiada kehidupan kerana semua anak kecil akan tetap mengecil dan tidak akan membesar. Apakah peranan kita? http://www.emocutez.comFirman Allah SWT:

Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Al-Baqarah: 30)
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Ad Dzariat: 56).

soalan anatomy beratus-ratus di atas meja:
pH below 7.0 is considered acid, pH of 7.0 is considered neutral,pH ABOVE 7.0 is considered alkaline. Norashikin sedang dan bakal menjalani hari-harinya dengan senyuman.http://www.emocutez.com

11 comments:

sHeRa_ShErA berkata...

Betol ekin. Hidup di alam pra dewasa ini memang bermain dengan pilihan dan byk onak durinya. Dah byk air mata mengalir untuk menempuh alam pra dewasa nie. Semoga ekin kuat ya

team halaqoh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fathullah al-haq berkata...

Apa tujuan sebenar Allah beri taklifan pada hambanya? tujuannnya simple sgt, sbb hendak membezakan antara yg betul2 kualiti utk masuk syurga atau sebaliknya.. klu tak berkualiti, mesti kita takkan ambil, begitu juga dengn Allah swt.. Berbahagialah dngn jual beli antara kita dngn Allah, sungguh! jual beli yg tiada kerugian sampi bila2.. jika kita ingin berniaga, mestilah kene ada modal kan, maka tanggungjwb inilah modalnya, baru kita boleh mendapat keuntungn.. keuntungnnya ialah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. kita boleh jd seperti kanak2 kembali, insyaallah masanya akan tiba.. firman Allah : Sesiapa yg beriman dan beramal soleh, Allah akan menukar amalan buruknya kepada kebaikan, dan mereka akan duduk di dlm syurga buat selamanya tanpa ada taklifan..

Norashikin Abdullah berkata...

kak shera: btol2.. huh kak pun sme dgn sy ye..huh kaum hawa tnpa air mata, x lengkap agaknya... yeah kite kuat kan..

abg fath: Nak kerja pun ada temuduga, tak kan nak msuk syurga pun free2 kan..berbahagialah berjual beli dgn Allah..haa tringt ayat ni..btol tuh stuju smuanya.. tiada kehidupan melainkan akhirat :)

Tanpa Nama berkata...

semua ada hikmahnya

Norashikin Abdullah berkata...

ye sy pun yakin ..ade hikmahnya :)

nemesis3891 berkata...

gila. semua buat karangan kat atas. haha.

saya doakan kita berjaya la periksa nih.

Harishah Halim berkata...

saya doakan ekin dan abrar berjaya exam nanti. bilanya?

btw, like komen abg fath.

Norashikin Abdullah berkata...

abrar ni mcm2..a,aa sy doakn smga kita berdua juga berjaya exam akan dtg.. :)

tengkiu isha...ekin exam 12feb ni.. abrar 20feb kalo x silap..

a.aa ekin pun suke komen abg fath :)

alief_kaizer berkata...

suspect dgn antum smue di atas...
dlm kesibukan nak studi utk exam... msih lg nk menulis utk sbar ilmu dan dkwah... ekin mantap... abrar pun.. psti ada hikmah yg akn mengringi kalian... insya allah...

fighting!

Norashikin Abdullah berkata...

komen alif bersmngat..jd ekin pun turut bersmgat.. tengkiu alif pun ape kurang.. alif lg hebat.. yup2...aja2 fighting