"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 20 Januari 2011

Laa..hang orang utara rupanya..

بسم الله الرحمن الرحيم

(Sejak dua menjak ini aku merasakan yang blogku sudah bosan. Apabila aku cuba membelek-belek entry-entry yang lepas, aku merasakan entry-entry yang lepas jauh lebih menarik. Mungkin kerana ketika itu aku kelapangan. Maklumlah selepas tamat SPM dan idea-ideaku untuk menulis blog bagaikan coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah coco crunch. Eh, aku sorang je kot yang rasa macam tuh, padahal pembaca-pembaca blog semua cakap, blog ni dari dulu sampai sekarang memang tak best pun. Haha. Biarlah sekali sekala, aku nak juga masuk bakul, angkat sendiri.)

Sedang aku sibuk membakar test tube yang mengandungi Fehling Solution dan sugar solution untuk Fehling Test, tiba-tiba ada satu suara menegur aku dari belakang. "Ni, hang Penang kan?" Sejak bila aku jadi Penang. Aku masih manusia lagi kot. Kuatnya
suara mamat ni, dia nak tanya aku ke, satu kelas ni. Habis semua rakan yang ada di situ berhenti dan memandang ke arahnya gara-gara suaranya yang kuat tuh. "A,aa..awat?" balasku acuh tak acuh. "Hang taw dak, pasai pa, depa nak nama, maklumat diri budak-budak Penang tadi?"tanyanya lagi. "Tak taw," jawabku pendek. "BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) Penang nak kot, hang taw dak sapa yang mintak?" Banyak gila soalan budak ni. "Ya kot, Mira Nabila cakap tadi, Farhana kelas sebelas yang suruh tolong mintakkan." balasku mengharapkan itu soalan yang terakhirnya tetapi malangnya. "Sapa Farhana tuh?" tanyanya lagi. " Laa, hang ni yang dok kalut sangat nak taw, pasai pa? Hang tak kenal pun kalau aku cerita." balasku. "Ni hang dok wat ramai pulak."Ewah-ewah, dia yang dok buat ramai, dia cakap aku pulak.

Sebaik sahaja budak itu pergi, soalan pertama dari seorang kawanku. "Laa, Ekin orang Penang ke?" Aku dah agak dah soalan ni akan muncul. "Kenape, Ekin tak de rupe orang Penang ke? A,aa.. Ekin tinggal kat Penang tapi kampung mak ayah kat Kedah." jawabku sambil menahan tawa. "Ohh, a,aa, Ekin tak de rupe orang utara. Macam belah KL selangor siket." Huk3 kesianku sampai tak de rupe orang utara. Manalah bahasa utara aku tak hilang, 5 tahun aku mengaji di MRSM Terendak, Melaka. Tak dak sorang pun yang cakap utara masa tuh, semua sahabat kebanyakannya orang KL dan selangor. Makanya lama kelamaan bahasa utaraku yang asalnya pekat pun sudah hilang. Teringat pulak kelas akidah oleh Ustaz Nazrul minggu lepas. Aku ketawa bagai nak pecah segala stomach, pancrease, small intestine, large intestine dan liver. Mananya tak aku jadi begitu, ustaz buat lawak tahap sempoi punya dengan pekatnya bahasa Kedah dia. Rinduku pada kampung tak terkata apabila terdengar Ustaz Nazrul berceramah.

Sebelum ini aku hanya pernah mendengar seorang seniorku bercerita (ketika dia menyampaikan kelas tutorial kepada kami) tentang pengalamannya, bahawasa ada seorang doctor ( pensyarah) yang jenis, sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas, dia akan terus mengunci kelas dari dalam. Makanya sesiapa sahaja yang jalan berlenggang-lenggang Mak Enon di luar, yang pergi ke toilet, yang pergi mengambil angin di luar, yang pergi membeli makanan, atau dengan ayat pendeknya, lambat masuk ke dalam kelas pastinya akan terkandas di luar kelas kerana pintu sudah di kunci. Jadi kebiasaannya, apabila pelajar-pelajar nampak sahaja kelibat doctor ini menuju ke kelas. Semua akan berlari di hadapan dan memotongnya kerana takut pintu akan dikunci. Haha, seram sungguh ketika mendengar cerita itu, aku hanya ketawa.

Maka terjadilah sebuah cerita Selasa yang lalu, seorang doctor memasuki kelasku untuk mengajar Anatomy bahagian Pelvis kerana buku Abdomen sudahpun dikhatamkan. "P
elvis is applied to skeletal ring formed by 2 hip bones, the sacrum and the coccyx..bla..bla..bla.." Dia pun mula mengajar kami. Tiba-tiba pintu kelasku dibuka oleh pelajar-pelajar lelaki yang kelewatan masuk ke dalam kelas. Dia terus ke arah pintu sambil berkata "No..no you are late." Doctor menutup pintu kelasku kembali. Aku tertawa tetapi kesian pula dengan budak-budak kelasku. Kebiasaannya jikalau terlewat sedikit tak mengapa. Doctor kali ini sedikit tegas. Bagus juga, untuk mendisplinkan diri dan menghormati doctor sebagai guru kita. Cuba bayangkan apa yang ak0an terjadi jikalau seorang doktor terlewat ke hospital untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit?
*************
Barang siapa yang berusaha, dia akan mendapat kejayaan. Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri Surah Ar-Ra'd (ayat 11).
Jadi kejayaan itu milik mereka yang berusaha, bukan milik orang-orang yang cerdik dan pandai sahaja, tetapi boleh jadi orang yang cerdik pandai itu mereka yang kuat berusaha, dan boleh jadi juga orang yang kuat berusaha itu bukan di kalangan cerdik pandai. Kalau kita hendak berjaya, kita kena pandang ke belakang, pandang balik bagaimana majunya Islam suatu ketika dahulu. Ulama-ulama tak duduk saja. Mereka berusaha, kaji itu dan ini. Umat Islam hendak berjaya kerana dunia dan akhirat. Moga kita dapat kedua-duanya..Ameen

Di pagi yang sejuk membeku, dalam perjalanan ke gamaah untuk program Way Of Wisdom.

Di makmal anatomy bersama Encik Skeleton Bin Rangka. Kami dalam perjalanan ke Restoran Epal untuk menyambut hari lahir Mira Nabila. ( tengah tuh )

Terbang tinggi2, di sana ada bahagia.. pasti !!

5 comments:

peyuz berkata...

cheq nak habaq ni,cheq bukan oghang utagha,tapi bole la speaking utagha sikit2.hha

Norashikin Abdullah berkata...

hui.. tera na hang..hehe..boleh kawin dgn anak mami ni

peyuz berkata...

tak hingin la anak mami.muke cam industan je

Norashikin Abdullah berkata...

laaa hang x mau pulak...ok apa, nnt dpt anak hdung2 mncung..haa cek taw, ni msti suke muka2 lagu mcm korea ni..

Yayat Saputra berkata...

Amin smoga Allah swt senantiasa memberikn kt taufik jln yg lurus dan hidayshNya dlm id'in islam sampai kemudian perjumpaan denganNya.