"Korang hujan lagi kat luar, cepat angkat baju." Diolog yang tetiba sahaja aku terdengar dari luar bilik. Semua serentak menyerbu ke arah bilikku untuk mengangkat jemuran yang sudahpun basah kerana tidak kesedaran hujan sudah lama turun. Patutlah sejuk yang amat aku rasa. Dengan penuh kemalasan aku bangun dari meja belajar, pergi mengambil bakul pakaian di luar , " Alaa, tengok kan dah kena basuh baju lain, penat la macam ni, masuk ni dah 3 kali asyik basuh baju je sebab hujan." "Ekin, tak baik mengeluh," kata Tikah ahli baitku. Aku terdiam.
Aku tidak terus diam, (nampak tak ciri-ciri budak degil kat situ..haha)sambil memungut kain baju yang basah di ampaian " Penat la macam ni, asyik kena basuh ja,"tambahku lagi. "Ekin, sabar-sabar, " kata Amira Nabila, ahli baitku jua. Aku terdiam lagi.
Aku membuat muka masam dan duduk semula di meja belajar sambil melihat ke arah teman sebilikku sambil berkata " Meera, tengok tuh, ekin kena basuh balik baju tuh semua." "Ekin, sabar la, dugaan tuh."Kali ni aku benar-benar terdiam, terharu dengan sahabat-sahabat. (Korang diam, jangan gitaw diorang yang aku terharu sebenarnya, sahabat-sahabat yang baik adalah yang sentiasa menuturkan kata-kata yang baik untuk sahabatnya).
Itu hanyalah sedikit sedutan episod harianku. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa, yang kadangnya terlalai dan tersedar. Moga lalaiku itu bukan lalai yang jauh dari jalanNya. Jangan mengeluh kerana itu bukan tujuan hidup ini diciptakan. Yakin dan yakinlah, bahawa tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Memang kita boleh merancang, contohnya aku menjemur pakaian dan mengharapkan pakaian itu kering dan boleh terus dilipat, tetapi ketahuilah sahabat-sahabat bahawasanya Allah itu sebaik-baik penentu, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan untuk. Maka hujanlah bumi Tanta petang tadi.
"Sekadar menaip, sekadar berkata-kata , memanglah senang, cuba kau kat tempat aku. Kau sendiri pun kadang-kadang tak mampu bersabar walaupun sedar akan hakikat perlu bersabar dan sedar akan tiap yang berlaku ada hikmahnya." Mungkin itu kata-kata yang akan terkeluar setiap kali ada orang berbicara tentang sabar dan ada hikmah setiap yang berlaku.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)
STORI-MORI
Terdapat sebuah kisah, ada seorang raja di sebuah negara ingin mencemar dulinya untuk masuk ke dapur dan masak. Puas pembantu raja menghalang raja untuk masuk ke dapur kerana dikhuatiri terjadi apa-apa. Maklumlah raja tidak pernah membuat kerja-kerja itu sebelum ini. Sesungguhnya sahabat-sahabat, malang itu memang tidak berbau. ketika raja sibuk memotong bahan-bahan masakan, raja itu terpotong jarinya sendiri. Raja itu terus memarahi pembantunya kerana tidak menghalangnya untuk masuk ke dapur sedangkan sudah berbuih mulut pembantu raja itu menasihatinya. Raja itu murka lalu menyumbatkan pembantunya masuk ke penjara bawah tanah.
Suatu hari raja pergi berburu dalam hutan tanpa ditemani pembantunya kerana pembantunya sudah disumbatkan ke dalam penjara bawah tanah. Tiba-tiba raja itu terjumpa sekumpulan manusia yang makan manusia. Raja itu ditawan dan dikat untuk dipanggang. Sebelum itu, kumpulan manusia itu hanya makan manusia yang tidak cacat sahaja. Setelah dibelek-belek raja itu, terlihat akan jarinya yang telah terputus akibat terpotong dahulu di dapur. Jadi raja itu dilepaskan. Kumpulan manusia itu tidak jadi makan raja. Jikalau pembantu raja bersama raja, sudah tentu dia akan menjadi makanan untuk sekumpulan manusia itu. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, nampak tak akan hikmahnya, jari raja terputus ketika masak dan pembantu raja disumbat masuk ke dalam penjara.
nota-nota yang masih belum selesai: mataku mula berat tetapi buku-buku sedang menjerit-jerit namaku. laskar pelangi,tak kan terikat waktu
5 comments:
hujan???hahaha....sini pun hujan lebat gak...nak pergi kelas susah la gak kena hujan habis baju basah...tapi nasib baik allah bagi lagi kekuatan dalam badan ini supaya x demam...syukur alhamdulillah ...kita dah test dah kat sini dapat 3.4...tak dapat 3.5 sedih tapi semua bende mesti ada hikmah kan..allah buat macam tu supaya x leka sem2...apa2 pun doakan kita supaya sem2 ni dapat 3.5 ye...
oh penang hujan jgak ye..oh congratz syamin..insyaAllah..good luck utk sem 2..smga dpt 3.5 ke ats nnt..ameen
ekin wat pew...best taw tadi gi maen bowling kat pacific....menang tapi x banyak la...diaorg ada tournement td...tapi x leh masuk...
alhamdulillah hujan. hujan kan rahmat. mungkin ada org yg ternanti2 turunnya hujan tu. cth: petani. so in whatever way, be grateful ekin syg :)
-Harishah Halim
oh hehe..ko terer main bowling ke syamin..ke juara longkang je ni
a,aa la isha syg..ekin ni kene blajar utk jd lebih grateful
Catat Ulasan