"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Jumaat, 1 Januari 2010

Hari ini dan semalam

Assalamualaikum..

Semalam hatiku terasa riang sekali. Seusai sahaja solat Subuh, aku menyertakan diri bersama emak di dapur. Emakku berkata "Kakak jom teman emak pi market." "Jom, kakak pun dah lama tak pi." balasku dengan nada yang ceria. "Hari ini mak nak masak nasi tomato dan mak nak buat bubur syura," cerita emakku. "Wah, sedap-sedap, kakak suka," balasku dengan tersenyum hingga ke telinga. Lantas aku terus masuk ke kamar tidurku, mencapai tudung, t-shirt dan tracksuit untuk kukenakan. Aku bersiap sepantas yang mungkin. Aku tidak mahu emakku tertunggu-tunggu aku. Aku bersiap ala kadar, tidak seperti selalu. Kebiasaannya, aku gemar bergaya. Tak mengapa, nak ke pasar sahaja, sesekali santai itu sudah memadai. Sudahlah aku tidak sempat mandi, hanya sempat menggosok gigi dan membersihkan muka. Peduli apa, tiada siapapun yang kisah ketika aku di pasar nanti. Perangai anak dara yang tidak sewajarnya dicontohi. Aku membonceng motosikal yang dibawa emakku. Suasana pagi itu, sangat mengasyikkan. Jarang aku peroleh peluang begini kerana aku malas untuk keluar. Maka aku nikmati sungguh-sungguh udara pada pagi itu. Aku pusing kanan, aku pusing kiri, aku lihat langit yang biru, aku lihat burung yang berterbangan, terasa ingin kuputarkan kepalaku 360 darjah agar aku dapat lihat apa yang ada dibelakangku. Maha Suci Allah. Terasa bagai ingin menyanyi satu lagu. Pagi, mengiring mentari, yang menjanjikan sebuah pertemuan, marilah kita, sama meraikan, hari gembira bersama semua..hehe. Setibanya di pasar itu, aku sedikit tersentuh. Melihat banyak sekali pak cik -pak cik dan mak cik yang sedang meminta sedekah. Kasihan pula melihat keadaan mereka. Mereka kelihatan sudah tua tetapi masih punya kudarat. Ada yang aku lihat sempurna sahaja tubuh fizikalnya ada yang tempang. Terfikir aku, ke mana pergi anak-anak mereka. Tiada siapa yang membela merekakah? Kalau benar tidak punya saudara, aku lihat pak cik-pak cik dan mak cik itu macam masih mampu untuk bekerja. Bukankah Islam melarang kita meminta-minta. Aku lupakan sebentar hal mereka, kerana ingin mengikut emak membeli barang dapur.

Kenangan bersama Mahie dan Ika selepas tamat annual dinner

Itu kisahku yang semalam, tetapi hari ini berlainan pula kisahnya. Entah mengapa hari ini hatiku diruntun sayu. Aku tidak menangis. Cuma sebak sahaja. Mungkin sahaja aku gemar benar melayan hati perempuanku yang kuat benar sensitifnya. Malam semalam sahaja, aku menerima satu mesej daripada sahabatku. Dia mengadu kesedihannya ditinggalkan orang yang tersayang. Sebagai sahabat aku cuba memujuknya. Aku juga pernah mengalaminya suatu ketika dahulu. Aku tahu perkara itu sangat melukakan. tetapi siapa kita untuk ketahui segala takdir yang Allah tetapkan. Pasti ada hikmahkan tiap-tiap seseuatu yang berlaku itu. Harap pengunjung blogku tidak tersalah faham, aku tidak pernah bercouple hingga ke saat ini. Cuma biasalah, aku juga sama seperti remaja yang lain. Pernah tersangkut dengan perasaan sendiri yang hanya mengusutkan jiwaku akhirnya. Tidak mengapa, Allah itu sayangkan hambaNya. Aku mengadu kepadaNya ketika itu agar menghuraikan kusutku itu. Akhirnya kusutku itu, hari ini terhurai. Hari ini juga aku sayu kerana dua seorang sahabat baikku Ika dan Mahie akan ke menyertai kem PLKN. Aku sudah menitipkan banyak ucapan dan pesanan kepada mereka. Supaya menjaga diri, menjaga akhlak..supaya gembira-gembira selalu di sana. Pernah suatu hari, Ika menyatakan kebimbangannya kepadaku. Dia takut suatu hari nanti, ketika kami sudah berjauhan, aku jauh daripadanya, aku akan melupakannya. Aku hanya mampu tersenyum ketika itu, tidak mahu aku mengalirkan air mata di hadapannya. Aku harus kuat. Sikit-sikit mahu nangis sahaja yang aku tahu. Tetapi hari ini, aku mengalirkan air mata. Aku cuba menafikan kata-katanya itu. Aku katakan yang aku tidak mungkin melupakannya. Lima tahun kita bersama. Jangan bimbang.

"Ukhwah itu bukan terletak pada sebuah pertemuan,

bukan pada manisnya ucapan,

tetapi terletak pada ingatan sahabatnya dalam doanya"

~Imam al-Ghazali~

10 comments:

RuGGers |8| berkata...

cinta itu indah,
lebih indah dari seribu ungkapan,
lebih indah dari berjilid tulisan,

moga tidak dipalit keindahan itu dgn bayangan hawa nafsu,
moga bermula layar keindahan itu dgn ikatan y satu..

wanita itu lemah..
tapi lemah itu adalah suatu hikmah..
kerana teguh hawa itu kerana ada adam di sisi..
mendengar dan menyayangi..
membina bahtera mahligai y hakiki..

air mata hawa itu x ternilai harganya..
jgn la di bazirkan utk kekecewaan y sementara..
simpanlah ia utk 1000 kebahagiaan y disediakanNya utk hamba2nya..

-pesan kt mmber ikin tu ea- n_n

Desti berkata...

blognya bagussss...
keep blogging ya ...

Norashikin Abdullah berkata...

to abg rodi
tengkiu
bgus kata-kataku
ekin ske
=)

to desti
yup thank you
ok insyaallah

harishah halim berkata...

semoga ekin dgn eika bersahabat sampai akhir hayat :D
ameen

Norashikin Abdullah berkata...

amin..kita berdua juga isha

S.tia Aisar berkata...

waa~ shikin.wpun ak tak reti baca novel tp i'm touched.thanx

(kao xkn jumpe bnde2 cmni kat blog aku)trimas byk2!

Norashikin Abdullah berkata...

hehe..ye tengkiu
ingat x sudi dtg dah blog ak

lily fadzleen. berkata...

terharu. nk kawen kt plaza kn? haha.
prshabtan xkn mati jike kite sentise sdr akn kwujudnny!

dinie syafira (; berkata...

moga2 ekin dgn ika kawin kt plaza sme2. hehe

Norashikin Abdullah berkata...

lily:
ye btol lily..sob3x
dinie:
ok insyaAllah..itu angan2 dlm doa ye..hehe amin