"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Selasa, 19 Januari 2010

Lagi mimpiku..moga tenang tidurmu

Assalamualaikum semua..
Kusut otak aku memikirkan blog aku yang tidak berupdate ini. Apa jua hendak aku sumbatkan dalam blogku ini. Akhirnya hari ini berupdate juga. Kelmarin dulu yang aku jua tidak mengingati tarikh hari bulannya, aku telah bermimpi. Aku bukan bermimpi apakah unversiti yang akan aku masuki? apakah rupanya keretaku nanti, bukan jua rupa rumahku nanti? Bukan semua itu. hehe.Aku merasakan aku seorang sahaja yang ketinggalan kerana hampir suku sahabat-sahabatku telah bermimpi tentang itu. Semoga mimpiku itu tidak menjadi kenyataan.amin

Bangun sahaja dari tidur, aku tidak berani menceritakan pada sesiapa berkenaan mimpiku kerana dahulu aku pernah membaca satu artikel berkenaan mimpi di ruangan agama dalam keratan akhbar yang mengatakan tidak elok kita bercerita tentang mimpi kita. Petang tadi aku bersiar-siar di laman web iluvislam. Kebetulan pula aku terjumpa thread forum yang bebunyi Jom Kongsi Mimpi. Izinkan aku mengcopy apa yang dikatakan saudara Leokid. Sekadar renungan bersama.

Dari sudut Islam, mimpi merupakan sesuatu yang tidak banyak dijelaskan, namun kepentingannya sama sekali tidak dinafikan. Singkap sahaja lembaran sirah Nabi Yusuf yang bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya. Dan juga kisah baginda menakwilkan mimpi sang raja. Ya, mimpi ada kepentingannya.

“Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A’uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya. Selain itu, larangan Rasulullah ini juga boleh jadi sebagai satu amaran – kerana sesungguhnya mimpi itu perkara ghaib yang tidak boleh ditentubenarkan kebenarannya. Setiap mimpi perlu ditakwil dengan berhati-hati. Dan hanya boleh ditakwil dengan orang yang memiliki ilmu mengenainya, jauh sekali kita hamba biasa yang ilmu-ilmu makrifatullah pun masih terkial-kial. Penakwil perlu mengetahui makna sesuatu di sebalik sesuatu, mampu mengenali yang tersurat di sebalik yang tersirat di dalam apa yang tersurat. Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda melalui salah satu sanadnya Abu Daud:

“Mimpi itu bagaikan sesuatu yang tergantung pada kaki burung, selama ia tidak diceritakan. Jika diceritakan terjadilah ia.”

Justeru, janganlah terlalu difikirkan mengenai apa yang kita mimpikan. Sebagaimana pesan orang-orang tua kita, mimpi itu adalah mainan tidur. Acapkali kita bermimpi, hendaklah kita berdoa semoga beroleh kebaikan dari mimpi itu dan dijauhkan dari keburukannya.
MyEm0.Com
Akhir kalam, bacalah doa sebelum tidur agar tenang dalam tidurmu, mudah tidak terganggu dengan fikiran-fikiran buruk dan mimpi-mimpi yang buruk.

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

3 comments:

harishah halim berkata...

ekin
entry ekin ni buat isha sebak, rindu
dulu selalu ada org bacakan doa sebelum tdo
aminkan sama2...

:(

aien_Raz berkata...

sudah tercerita mimpi kt org.. huk
tp xpasti sma ada itu mpi baik atau buruk...
salam ziarah (^^,)

Norashikin Abdullah berkata...

isha sebak..
alaa syg, jgn sedih2
senyum jgn berduka
x pe ekin fhm


ooh x pe kak ain..
ekin dulu sllau jgak pasal mmpi ekin
x pe smga ada kbaikan d sblik mmpi kte
tengkiu sudi ziarah