بسم الله الرحمن الرحيم
26 Januari 2011,11.30pagi
Aku mula resah gelisah memandang jam, cuba untuk membaca buku tetapi seolah-olah sedang merenung tulisan-tulisan di dalam buku. "Ekin tenang, janganlah gelabah sangat,"aku bermonolog. Terasa seperti ingin bangun dan duduk laju-laju. Semuanya jadi serba tidak kena. "Meera, macam mana ni? Ekin cuak nak amik test anatomy ni, padahal test je pun, bukannya exam mid sem lagi," aku cuba untuk mengadu. "Ekin, tenang-tenang, kita kan dah usaha, jadi kita tawakal je la, mesti Allah tolong," Meera cuba memujukku.
Firman Allah tentang tawakal di dalam al Quran terlalu banyak. Antaranya:
(QS. 8 : 61)Sahabat-sahabat percayalah, perkataan tawakal itu tidak akan wujud dalam diri jika kita tidak berusaha. Kisah benar telah pun berlaku di mana seorang gadis ini berasa amatlah panik melihat sahabat-sahabatnya yang lain sibuk menghafal untuk kuiz physiology. Gadis itu cuba untuk membaca pada saat-saat akhir namun terasa apa yang dibacanya seolah-olah masuk mata kanan, keluar mata kiri. Dia sungguh menyesal kerana tidak mengulangkajinya semalam walaupun itu hanyalah kuiz yang tidak diambil markah. Sahabatnya berpesan supaya bertawakal lalu dia menjawab, "Saya tak study physio semalam, saya tak berusaha, macam mana saya nak bertawakal." Haa, nampak tak bahawasanya perkataan tawakal itu tidak akan hadir tanpa usaha.
“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
1.00petang
Assessment Anatomy pun berlangsung di Anatomy Department. Meja kami disusun di sepanjang laluan makmal. Nampaknya doktor-doktor mula sibuk mengedarkan soalan. Ammu (pak cik) makmal sungguh cemas, berlari ke sana ke sini mengambil kertas-kertas soalan. Aku menahan tawaku melihat situasi itu ditambah lagi dengan telatah doktor yang mengajar kelasku topik Pelvis. Ayat kegemarannya, "What's this?" "What's this?""What's this?" Detik masa berlalu dan alhamdulillah, tamatlah test anatomy yang aku cuak-cuakkan tadi.
Aku dan sahabat sempat ke DreamTop, sebuah kedai fatira dan pizza yang popular di sini. Haa yang kami tengah makan tuh, fatira coklat, laziz awi. Selepas itu kami ke kedai roti untuk memborong ish (roti ) panjang. Nampak tak tuh 40 batang kami beli, eh betul ke batang, habis takkan la helai pulak. Semuanya stok bekalan sarapan pagi di rumah. Arab tuh macam percaya tak percaya je yang kami nak beli 40 roti tadi. Tak kesahlah yang penting roti tuh masih panas dan lembut. Aku nampak macam nenek kan kalau pakai cermin mata tapi aku terpaksa pakai tadi sebab tudungku dah selebet sangat dah tuh. Huh, tudung degil.
Rasulullah -Sholllallahu alaihi wa sallam- bersabda,“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke surga”. [HR. muslim(2699)].Aku mendongak ke atas untuk menatap bulan dan bintang. Indahnya ciptaan tuhan. Lama kumerenung bulan dan bintang, namun aku dibiarkan seorang diri. Aku menanti esok harinya cuti, mujurlah mentari datang menyapa dan meceriakan aku. Aku lihat pada detik waktu yang berlalu. Menatap lama pada tarikh keramat itu dan memangkah pada badannya. Perasaan takut itu semakin hari semakin hampir. Teringat pesan yang sering ayahku tuturkan kepadaku. "La Takhaf Wa La Tahzan, Innallaha Ma'ana; Jangan takut dan jangan bersedih hati, Sesungguhnya Allah (sentiasa ada) bersama-sama kita semua."Aku menggapai sehelai kertas dan sebatang pen yang berdekatan. Penaku menari melakarkan, aku mula menyusun langkah dan strategi dan ku berikannya nama 'Jadual'. Buku-buku tersusun kemas di atas meja memberi amaran bahawa aku perlu mengkhatamkan mereka. Jalan mujahadah itu susah tetapi indah pada akhirnya. Good luck Ekin.
Sungguh sukar untuk aku membuat keputusan meninggalkan yang aku sayangi. Sebahagian hatiku menjerit untuk terus bertahan dan sebahagian lagi hati kecilku menjerit untuk tidak bertahan.(Aku benar-benar maksudkan ini).Namun aku rasa inilah keputusan terbaik yang aku mampu buat untuk diriku jua seisi alam sama ada yang di langit (ayam yang sudah lulus lesen terbang dan dinasor yang ada sayap) jua yang ada di darat (ikan yang nampaknya gembira setelah menjalani pemindahan paru-paru kerana insangnya telah rosak). Uhh..tak boleh, susahnya, go go Ekin.. Malaysia boleh, Norashikin lagilah boleh. Setelah aku mencongak-congak add math seperti 2+2 jawapannya masih lagi 4 dan 5 kali 3 jawapannya tetap 15. Aku nekad..sungguh ni. Dengan ini saya mengumumkan Penaku Menari akan bercuti buat seketika waktu kerana empunya blog akan menduduki peperiksaan pertengahan semester tidak lama lagi.(12 Februari) Jadi pesanan saya kepada sahabat-sahabat yang masih di bumi ataupun yang sudah tergerak hatinya untuk tinggal di Marikh, silalah mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain untuk menempuhi peperiksaan akan datang.
17 comments:
Semoga tenang dan dapat menjwb exam dengn baik.. Usaha dan terus berusaha, tak rugipn bekerja keras utk berjaya, sbb belajar ni best dan menghiburkan, dapat bnyk pahala, dapat bnyk ilmu, dapat kejayaan, mudah dapat syurga, hati sng & bahagia, darjat akan dinaikkan dan segala bgai lagi..
So apa pula ganjaran dari Allah nti, Nabi saw bg jwpn, Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda :Allah swt berfirman, Aku sediakan utk hamba2ku yg soleh suatu yg tdk pernah dipandang dngn mata, tidak pernah didengr oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia. Bukhari dan Muslim..
T_T syukran abg fath..komen abg fath mmg mumtaz je slalu :)
MUZTAZ YA EKIN! :D
bitaufiq wannajah.
insyaAllah..ameen..tengkiu isha syg
bittaufiq wannajah.....jgn berhnti menulis fikrah....mudah- mudahan fikrah mhupun nasihat ataupun peringtn bleh memberi impak baik yang besar kpd org lain....
salah satu drpd 10 muwasofat individu muslim.....memberi manfaat kpd org lain
insyaAllah naurah.. ameen.. moga2 kte sme2 dpt mnfaat :)
hahaha typo. mumtaz :P
a,aa laa.ptut la mse baca rse pelik..tp x prsan..hehe..ekin paham
good luck ekin ! do ur very best as you always did (:
ekin relax,tenangkan fikiran banyakkan berdoa dan solat ek....
jawab berhati2 dan berfikir dulu dan jawab k....
apapun i pray the best luck
for you...
do the best....
:)
:P
maan najah
ekin cute pakai cermin mata
:)
hehehe
gud lucky...
happy ekin kat sane . eja happy tgok ekin happy :)
mahie: tengkiu syg hang
syamin: ok tengkiu syamin.. ko jgn perli ak
tanpa nama: syukran
super eja: a,aa hepi cume skrg sdikit tegang d sini..doakn smer
semoga beroleh kejayaan didunia dan akhirat.. amiin...
good luck and take care!! ^__^
Good luck
tq kak aien,,take care too
tengkiu waja replacement
Catat Ulasan