"Cinta tumbuh subur dalam diri
Warna-warna bahagia menjadi
Baja dalam tanaman sanubari,
Menggembur dan meranum denai
Taqwa sebati dengan cinta"
Jangan pernah kau menyalahkan aku kerana asyik menyiarkan entry novel yang sudah kukhatam kerana itu kegemaranku.Penulisan juga merupakan satu instrumen untuk menyampaikan dakwah.Jadi tiada salahku untuk membaca novel motivasi islamik remaja di atas.Bagaimana aku boleh membaca novel di atas?? Ceritanya pada suatu hari, aku ke rak buku di PSP (Pusat Sumber Pembelajaran) di maktabku.Hujung jariku ligat mencari tajuk2 novel yang boleh aku baca agar membawa manfaat kepadaku.Tanpaku duga, jariku terhenti pada tajuk novel di atas.Ku belek belakang dan depan.Aku tertarik pada sinopsisnya.Tak kusangka rupa2nya PSP tue ade novel islamik mcm ni.Bukan aku bersangka buruk, cuma mungkin aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengan novel sebegitu sebelum ini..
Sebaik sahaja aku memulakan pembacaan, watak Mustika itu persis seperti ( kau kuat perasan).Bukan begitu ,maksud aku,dia seorang hawa yang sensitif (kan aku ni tersangatlah mudah mengalirkan air mata).
Tapi seyes ekin ckp novel ni amat menarik.Kalau berkesempatan carilah kat kedai buku..tapi rase mcm buku dah lama je kuar.Entah ade ke tidak kat pasaran.hehe..tapi boleh berusahakan kalau betul2 nak..ini sinopsisnya
MUSTIKA,gadis bersemangat waja dan bercita-cita tinggi melalui suka duka sebagai mahasiswa tahun akhir di Universiti Malaya. Bersama sahabatnya, Faez Faeza meredah ujian yang menemukan mereka dengan insan-insanberhati mulia di rumah Az-Zahra.
Mustika tegar dalam perkebunan kasihnya terhadap Bayu Ilhami, teman istimewasejak persekolahan. Namun, galau resah Bayu Ilhami mengheret perpisahan
mereka hingga ternoktah tatkala menerima kad perkahwinan Bayu Ilhami
dengan Siti Sarah. Kecewanya terubat bila hadir si kumbang baru, Hanif Mustafa yang gemar dipanggilnya Ustaz Kopiah. Luhur budi si Ustaz Kopiah rupanya sekadar mengisi ruang ukhwah sesama Muslim. Walau mulanya terasa ralat, dia yakin impian kasihnya masih dalam pencarian.Doa keluarga dan usaha dirinya berbalas kebaikan tatkala muncul pemuda soleh bernama Fuad. Dialah selama ini dalam angan dan impian kasih seorang Mustika. Dan Mustika sering berpesan pada dirinya, ‘Teruslah kita menuai dan bersabar"
Mustika pernah dinasihati oleh sahabatnya:
Apapun is asebenarnya datang dari Allah.Kadang kita fikir sesuatu itu baik buat kita tetapi Allah ada yang lebih baik dan sempurna untuk hambaNya yang solehah.Jangan duka sahabatku.
Ustaz Mustika juga pernah menasihatinya ketikaa dia berkunjung kerumah bekas ustaznya itu
Berjalanlah kamu di jalan Allah dan jangan kau menoleh ke belakang. Tempuhilah jalan ini kerana ia membawa kita ke syurga.Jika kita baik di dunia, insyaAllah kita akan mati dengan baik begitu juga cara kita dibangkitkan.Laluilah kehidupan dengan sebenar2 taqwa kerana ia menjaga kita dari dosa.Moga kita akan bersama di akhirat.insya Allah.
Ustaz Mustika ada menyuruhnya mengamalkan doa ini
(sebenarnya ustazah ekin pun suroh amalkan doa ini, dan ekin memang amalkan..copp ini bukan bermaksud gatal nak nikah tetapi namanya persediaan menempuh alam tersebut.Semua insan ingin menempuhi alam perkahwinan.Setujukan??Sunnah nabi tue..cuma masanya belum tiba,jauh lagi perjalanan. Cita2ku harus tercapai dahulu untuk membalas jasa kedua2 ibu dan ayahku.yang tue akan menyusul kemudian).Amalkan..
Allahumma sa'khirli zaujan solihan yakhtibuni, wayatazauwajubi wayakunu sahibanli tiddunya waljannah
Ya Allah, ya tuhanku, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminangku, mengahwiniku dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga
0 comments:
Catat Ulasan