"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 27 Ogos 2009

Setelah malamku berkalut benci


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Aku pun kurang pasti mengapa, kenapa dengan diri aku sejak akhir-akhir ni, mungkin tiada siapa pun yang perasan dan sedar, sebab aku sahaja yang merasakan perubahan dalam diri aku, kadang-kadang aku sendiri pun tak berapa faham dengan jiwa, sekejap boleh jadi terlalu gembira, sekejap boleh jadi terlalu sedih, pasang surut yang sangat tak menentu, tapi aku jarang tunjukkannya depan orang, bagi aku lebih baik memendam rasa, walaupun perit aku tahan jua, sejak akhir-akhir ini aku merasakan bayang hitam lalu sering menghambat perasaan aku, aku tidak takut pada bayang hitam yang lalu, tapi aku tak mahu bayang hitam yang lalu berulang semula kerana aku tak sanggup menghadapi saat itu lagi, aku juga sangat takut kalau matahari yang indah memancar sekarang ini hilang dari pandanganku,dan yang paling aku takut kerana bumi ini akan terus berputar di atas paksinya, dan aku tidak tahu bila bumi ini berhentinya.

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

2 comments:

HH berkata...

ekin knp ni?
awk sedih?

Norashikin Abdullah berkata...

tak
jiwa x tenang ja