"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 13 Ogos 2009

Renungkan sejenak wahai saudara dan saudari..


5 fakta menarik tentang pemberi award ini..

-ermm..tulisan lily amat cantik (selalu sangat suruh dia tulis sebab ekin tak pernah puas hati dengan tulisan ekin sendiri)

-lily cantik dan baik hati...senang ekin berkawan dengannya (lily please jangan kembang sangat..hehe..ekin gurau je)

-lily like me (suke amek gambar yang cantik2, suke amek gambar sendiri, addict blogging hehe)

-Senang share story dengan dia (chewahh..asal mcm sedey je ayat nie..hehe nk korek citer ekin..jumpa la cik lily)

-Punya impian yang tinggi untuk menjadi seorang arkitek (cayalah sahabatku..nanti tolong design rumah ekin ye..hehe)

10 yg menarik tntg saye..

-Ana seorang yang amat dan sangat sensitif ( dah tak terkira dah bape kali nangis tahun ni..uihhh kalau disentuh tentang pengorbanan jasa ayah dan ibu,huhu memang boleh banjir satu kampung.THANK YOU TO MY MOM N MY DAD)

SURAH AL-AHQAAF – Ayat 15
Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Ibunya mengandung dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai umur 40 tahun, ia berkata : “Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukur nikmat engkau, yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salihyang engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan aku termasuk orang-orang islam.

-Ana seorang yang amat paranoid (ehh ika x suke ana guna ayat sebab macam negatif sangat..sori ika, terguna) Ekin suka fikir yang bukan2.

Kita digalakkan untuk bersangka baik (husnu zonn) sesama muslim. ... Yang penting, hindarkan su'uz zonn..Inilah cara yang terbaik.. Wallahu a'lam.

-Ana sangat cepat rasa bersalah (kadang2 orang tu tak marah ana pun..tapi ana ingat dia marah ana..hehe)

Ketahuilah saudara dan saudari, bahawa Allah SWT, tuhan Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…Bertaubatlah engkau sebelum terlambat

-Ana amat pantang bila sesuatu yang dirancang itu tidak menjadi (huish boleh emo satu hari sebab dah set kat otak, tup3 x jadi pulak)

-Ana sangat pantang orang yang kuat menipu (terasa diri ini bodoh sangat sebab tertipu oleh manusia yang penipu)

dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) Balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. mereka Itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

-Ana seorang yang straight forward (senang nak paham sebab transparent)

-Ana suka berkawan dengan orang tak straight forward (biasanya mereka ini pendam, tu yang mencabar, tapi best boleh jadi Detective Conan siasat isi hati mereka..hehe)

-Ana sangat suka menilik luaran orang (walaupun orang kata don't judge a book by its cover but ekin suka tengok luaran orang tue..sebab kadang2 dari penampilan dan sinar wajah mukanya,kita boleh tahu siapakah dia yang sebenarnya..AWAS bila berjumpa denga ekin..hehe..n 1 more, my prinsip is ekin x kan cakap orang tu cantik atau hensem kalau hatinya tidak cantik..ehh ni serius taw..tetapi orang itu ekin akan cakap cantik atau hensem jika hatinya jugak cantik..kerana dari hatilah berpunca segala kebaikan dan keburukan..korang semua setuju??aishh setujulah..hehe)

bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya[686]. dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan[687]. mereka Itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya

-Ana seorang yang sangat mementingkan persahabatan..(sayang sangat akan sahabat kerana apabila bergelar sahabat..meraka ini akan bersama kita ketika suka dan duka..thank you to all my beloved frenz, x tahan air mata ni kalo gaduh dengan ika, mesti hari tu berbaik balik..biasalah ana juga manusia biasa yang kurang tidak sempurna, kadang2 tersalah faham, sayang ika..to Isha..luv u sgt3 kerna menerima diri ini sebagai sahabatmu walaupun kita tidak pernah bersua, insyaallah moga doa kita termakbul olehNya)

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri….

-Ana ingin menjadi anak yang solehah (kerana doa ana yang akan mebantu ibu bapa ana di alam sana nanti) Ana ingin muslimah yang sejati dan mukminah yang benar serta berjaya dunia dan akhirat ( moga cita2 untuk mendapat 101A dalam SPM dan menjadi menjadi seorang tabibah (cardiac surgeon) dimakbulkan..Ana juga teringin benar nak menjejakkab kaki ke tanah suci Makkah al mukarramah dan Madinah al Munawarrah..Amin2 ya rabbal alamin)

Renungkan sejenak:

ketahuilah, bahwa Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan Para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu Lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu (QS 57:20)

p/s: ermm sape2 nak amek tag ni..amek la..tafadol..hehe..tpi tag ni dah lame lily kate..

2 comments:

HH berkata...

wow! dh dapat award :)

Norashikin Abdullah berkata...

ceh
hehehe isha amek la tag ni
ekin bg award ni kat isha