"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 17 September 2009

Sudahku minta maaf samanya..usah risau


Bismillahirahmanirahim
Malam itu aku terasa amat gembira kerana lirik lagu yang aku minta sudahpun lilie bawa.Sekian lama aku mencari.Nak tahu lagu apakah itu? SEMUA TENTANG KITA-lagu ni dah lama, tapi aku sahaja yang baru nak dengar.


Waktu terasa semakin berlalu.Tinggalkan cerita tentang kita.Akan tiada lagi kini tawamu.Tuk hapuskan semua sepi di hati.Ada cerita tentang aku dan dia.dan kita bersama saat dulu kala.Ada cerita tentang masa yang indah.Saat kita berduka saat kita tertawa.Teringat di saat kita tertawa bersama.Ceritakan semua tentang kita.


Namun kegembiraanku diragut oleh seorang mamat. Sengaja aku menrahsiakan namanya. Aku juga tahu menjaga aib orang.Sudahlah aku baru sahaja masuk kelas malam itu untuk prep, bercakap dengannya pun tidak apatah lagi mahu mencari pasal dengannya.Sedang aku bercakap sesuatu dengan sahabatku Syafiqah..


Mamat X: Eh syikin, baru masuk kelas, dah bising, nak bising keluar kelaslah


Ingin tahu sesuatu tentang diriku.Aku teramatlah pantang jikalau aku tidak melakukan kesalahan itu tetapi aku dituduh melakukan kesalahan itu. Mulutku mengucap sabar dengan diriku supaya bertenang tetapi hatiku jerit memberontak yang "kau tak bersalah pun ekin." Maka aku diam sambil tekun membuat latihan Pendidikan Islam, memandangkan lusa merupakan trial Pendidikan Islam.


Diam aku hanya sementara. Bibir aku mengetap geram. Hatiku memberontak ingin membalas dendam sambil aku tekun membuat latihan, aku menanti bila pula masanya nak buat bising. Sahabatku yang lain tahu aku tengah geram kerana aku diam membisu tidak berkata.


Shamy: Ekin, sabarlah ye..

Lilie: Dia tu memang macam tu

Ika: Sabar ya, ekin, sabar

Aku: aku tak faham, sebab aku tak cari pasal pun dengan dia, tiba-tiba marah aku..


Dan tiba-tiba....dia bising

Shamy: Oii, XXXXX senyap siket, tadi bukan main tegur orang, sekarang dia pulak yang bising.

Mamat X: Oh yeke, (kemuadia dia tertawa, kurang asam menambahkan kegeraman aku je)

Aku: Senyap sangat la tu ( nada geram, suaraku bergetar,hampir menangis)

Mamat X: eleh..(dia ketawa lagi, sangat menyakitkan hati)

Shamy: Eh XXXXX, kau jangan, ekin tengah marah tu

Mamat X: so ingat aku takut dengan dia

Aku: (Hilang sabar) kau ingat kau besar, aku takut ke haa..(mataku bergenang)


Suasana kelas senyap ketika itu, khusyuk mendengar pertelingkahan aku dan mamat itu. Aku juga turut senyap cuma kedengaran rakan-rakanku memujukku. Hakikatnya aku sedikit lega, geramku tersembur jua, walaupun tidak seberapa.Ketika aku senyap, aku mula geram pula dengan diriku ini.Banyak marah-marah itukan tidak elok.Marah itu boleh menyebabkan pelbagai perkara yang negatif dalam hati..astaghfirullah..Ya Allah, ampunkanlah dosaku itu. Sesungguhnya hambamu ini tidak dapat mengawal perasaan marahya..


Aku bersyukur dan gembira kerana mempunyai sahabat yang cukup baik hati.Mereka cuba untuk menggembirakan aku dan yang paling aku terharu plus tidak percaya..kata-kata yang terzahir dari mulut Shamy..


Shamy: Ekin, aku nak bagi tau kau something, aku sangat suka dapat kawan dengan kau sebab walaupun kau seorang yang islamik and mendekatkan diri dengan agama (ingin aku menggaru kepala aku yang tidka gatal ketika itu, namun aku tidak mahu menspoikan mood shamy)..Kau tetap boleh terima kawan-kawan kau yang memang tak islamik ni.Aku respek kau..serius..aku respek kau..

Lilie: Seronok kawan dengan ekin ni

Ika: Kembang dah ekin tu ( tak lagi la ika, mandai2 je)

Aku: ( Aku tersenyum dan di dalam hati sangat terharu) terima kasih Shamy..Sayang kamuu..

5 comments:

harishah halim berkata...

laki mmg camtu kot ekin
isha pnh kena tolak dgn meja kat pinggang
dah meja tu besi + fibre
tau tau je la mcm mana sakitnya
sampai nangis nangis
ekin ok lagi,
kena physco dgn kata kata je

nurekin berkata...

uihh skitnya
tu la kan...
hisshhh
wahai laki2
stop buli kami

lily fadzleen. berkata...

ekin sbr k.
bese la 2.
si XXX mmg gtu.
kte yg kcil nie slalu diprkecikn.
mentg2 die besar.
dun wurry ekin.
ak syg ko.

Muhammad Firdaus Bin Md Fauzi berkata...

aku sbgi ...........nye sgt mngenalinye...
die cuak sbnrnye.. cme x tnjk..
aku rasela..
hehe..
mse aku cte kat die, mcm ade laen sket kat mkenye..

Norashikin Abdullah berkata...

to lily
yeahhh
syg ko jga

to fidot
hehe
x pe la
cter lame
hehe
nnti kurang2 ada gak knangan