"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Khamis, 25 Februari 2010

Apabila seorang anak Adam meninggal, al-fatihah untuk sahabatku


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Salam penghulu segala hari dan salam Maulidur Rasul semua..

Semalam tepat 12.11 malam telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej masuk daripada sahabatku, Khairi:

Shikin, I heard that Nizam meninggal. Need confirmation..

Aku terus terpinga-pinga sambil tanganku ligat mendail nombor sahabatku, Fifi untuk mendapatkan kepastian tentang mesej yang aku terima sebentar tadi.

Aku: Assalamualaikum Fifi, Ekin ni, sori ganggu hang, aku nak tanya betul ke Nizam dah meninngal?
Fifi: Waalaikumsalam ohh Ekin, a,aa petang tadi, dia eksiden, aku pun baru taw, aku baru balik kerja ni.

“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

Saat itu aku terkedu, terdiam tiada tahu apa yang patut kubuat, mengalirlah mutiara jernih dari mataku. Terus kotak memori ku melayang sewaktu tahun 2004. Ketika itu aku masih di darjah 6, arwah gemar bergurau di tangga bersama Annas yang menaruh hati kepada sahabatku, Syamimi. Selepas 5 tahun, hujung tahun lepas aku berkesempatan bertemunya di majlis reunion sekolah rendahku. Aku rasa bersalah kepadanya kerana sebelum ini aku pernah berbalas SMS dengannya dan selepas itu arwah ada lagi mengirim SMS padaku.Tiada satu yang kubalas.(Aku malas dan sengaja ketika itu, jahatnya aku.)

**********
Bercakap soal kematian, aku pasti pasti ramai yang takut akannya, hatta mereka yang sedang bergelumang dengan maksiat sekalipun, kalau dibicarakan tentang kematian, azab kubur dan seksaan api neraka, pasti mereka akan takut, cuma sewaktu mereka sedang sedang melakukan maksiat itu, mereka terlupa langsung akan soal kematian. Tidak kurang juga segelintir manusia yang tidak pernah takut menghadapi hari kematian. Pernah terdengar diolog ini:
" Susah je hidup kat dunia ni, banyak betul masalah, mati lagi senang, tak de sape-sape nak kacau aku kat kubur." Sesenang manakah kehidupan kita selepas mati? Sesenang manakah kehidupan di alam kubur jikalau amalnya hanya boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki? Bagaimana dengan certa-cerita ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah tentang dasyatnya seksaan di alam kubur dan di akhirat kelak bagi mereka yang melanggar perintah Allah. Jangan kata tentang azab sahaja, bagaimana nyawa kita akan dicabut nanti?

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”(QS. Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34)

Di kawasan tempat tinggalku ini sahaja, sudah tiga orang berturut-turut pergi mengadap ilahi kerana sudah tentu ajal mereka sudah sampai. Berita kematian dalam kalangan orang tua itu sudah menjadi kebiasaan, tetapi aku ngeri jikalau yang meninggal itu orang muda. Betapa benar analogi yang pernah Rasulullah s.a.w (jangan kedekut, selawat cepat) berikan kata ayahku suatu ketika dahulu bahawa buah kelapa muda pun boleh gugur. Sungguh aku jarang benar menziarahi orang meninngal, kecil-kecil dahulu selalu juga, tetapi apalah yang anak kecil-kecil seperti aku ketika itu mengerti. Lagi tertanya-tanya di dalam hati ada lah., puas emakku nak menjawab semua soalanku.

"Asal ramai betol orang datang rumah tokwan aku ni."
"Eh ada pulak ramai orang mengaji baca al-quran keliling tok wan aku."
"Kenapa ayahku, makku, pak cik dan mak cikku menangis ni."
"Ayah, kakak nak ikut ayah pi kubur hantar tok wan," kataku pada waktu itu.
"Tak boleh, kak dok dengan emak," balas ayahku

Sejak besar ni pernah aku menziarahi kematian sepupuku dahulu. Aku pernah menceritakannya suatu ketika dahulu. Klik sini.

Sedekahkan Alfatihah ke atas arwah Zulhanizam Badrul Hisham atas pemergiannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman.amin.

14 comments:

fik-autoz berkata...

al fatihah buat sahabatmu...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Hami Asraff berkata...

Salam Maulidur Rasul.

Setiap yang hidup pasti akan merasai sangat kematian itu. Cuma masa, keadaan, tempat, cara dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui. Allah jua Maha Mengetahui.

Maka, pelbagai soalan berlegar di kotak minda. Adakah kita sudah bersedia menempuh jalan itu? Adakah cukup amalan kita selama ini untuk membawa bekalan ke sana? Astaghfirullahalazim.

Memang kadang-kadang tidak percaya rakan kita telah pergi buat selama-lamanya. Pernah juga seorang sahabat saya telah ajal menjemput. Waktu tu memang terkejut sangat. Tapi Allah lebih menyanyinya. Semoga roh rakan anda dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Kalau kelapangan dan sudi, sertailah contest yang saya anjurkan. Terima kasih :)

Muhammad Firdaus Bin Md Fauzi berkata...

::al-fatihah::

Norashikin Abdullah berkata...

fik autoz:
amin..

hami asraff:
btul sgala kata2 abg tuh..insyaAllah kalo ekin kelapangan..ekin bntu ape yg nk dcrtakn nnt..ekin fkir dulu

fidot: :)

MiztER MURTphalanx! berkata...

Ketika kita masih di alam rahim, setelah ditiup ROH, 4 perkara ditulis oleh Malaikat untuk kita,
1.Rezeki
2.Ajal
3.Kehidupan
4.Nikmat.

Kemudian Malaikat tersebut naik ke langit dan berganti dengan Raqib & Atid menjaga kita.

muadzmuhammad berkata...

sementara kita masih hidup ni,gunalah nikmat ini untuk lebih menyanyangi Allah lebih dari segala sesuatu.bila dah mati,tidak akan tinggal apa apa lagi kecuali,amal soleh,sedeqah jariah,dan doa anak yg soleh...

agong pun kalo mninggal x dapat pulang ke dunia balik inikan pula rakyat jelata cam kite

Norashikin Abdullah berkata...

murt dan muadz: btol3x tengkiu :)

faiq berkata...

ekin sbr ea.
sume org msty mati.
kte pown ble2 je bole mati.
xkesa la tua ke mude.
hmm . alfatihah .

Norashikin Abdullah berkata...

ohh..ok tengkiu faiq..
yup kematian itu pasti
:)

assyuhada berkata...

salam...
salam takziah buat ekin atas pemergian sahabat ekin...
sungguh kematian itu misteri...
betapa panggilan Rabb itu adalah panggilan terakhir buat manusia tanpa petanda...
prnh dengar...?
panggila pertama Allah:azan, kita dengar dgn jelas dan kita menjawabnye dengan solat
panggilan kedua Allah: haji, lain org lain care panggilannye...halus tp masih dpt didengar panggilan Allah lalu kite jwb labaikkallah... haji ditunaikan
tp....
panggilan ketiga...
maut...
misteri...
kite hanye mampu jwb dgn amal ibadah kite saje...
moge Allah merahmati roh shbt2 kite yg dijemput Tuhan pd hari kelahiran n kewafatan Rasullullah ini

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..ketika saya terbaca blog ini lepas, saya ingatkan penulisnya sudah sebaya dengn saya ataupun lebih umurnya dari saya..saya kagum dengan penulisan adik, saya selalu juga membuat motivasi di sekolah-sekolah dan melihat tentang mentality anak2 melayu yg semakin lalai, jarang sekali saya jumpa..moga-moga adik teruskan karya dalam dakwah mcm kak fatimah sharha ke ataupun sapa2 yg sudah berjaya..ini satu permulaan yg terbaik utk adik, banyakkan membaca dan sering muhasabah diri serta persediaan diri yg mantap dengn benteng iman yg kuat, kerna alam Universiti memerlukan org yg sgt kuat bukan sekadar kerajinan dan kepandaian, di U org yg sangt pandai juga akan jatuh, org yg sgt pintar pun akan jatuh jika tidak kene caranya..rajin2kan diri utk masuk ke halaqoh, kerna bg saya itu adalah senjata utama di menara ganding nanti dan paling2 penting bg adik jangn bercinta waktu belajar, kerna di U nanti, itulah mehnah yg plg besar bg adik yg membuatkan sapa2 yg terjebak di dlmnya xkan berjaya.. serba sedikit tentang penglaman saya di Universiti dlm negara dan luar negara - saya study di jordan, Fathullah Al-haq :) anggaplah sebagai abg yg hendak nasihatkan adiknya agar berjaya dunia akhirat

Ameen Muslim berkata...

salam... takziah buat penulis atas kehilangan seorang sahabat. alfatihah buatnya...

aNoZ berkata...

alfatihah utk beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat. ameen.. salam takziah

Norashikin Abdullah berkata...

syue: benar kematian itu msteri, syukran syue, insyaAllah

tanpa nama: waalaikumslm, syukran ats nsihat, oh insyaAllah, memang ada trfikir bgtu..ohh bgusnya, slmat belajar, insyaAllah nk blaja luar ngara juga..terima sudi bg nsihat..:)

ameenmuslim:
wslm, terima kasih..:)

anoz:
insyaAllah..amin