"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Ahad, 28 Februari 2010

Permulaan hari yang baik, insyaAllah :)

I have a dream, a song to sing,
To help me cope, with anything
If you see the wonder, of a fairytail
You can take the future, even if you fail
Assalamualaikum semua...
Tersenyum aku tatkala teringat lagu ini, dahulu aku kerap benar menyanyikan lagu di atas sambil menari gaya ballet di hadapan kaca televisyen. Semua orang punya cita-citakan. Manusia yang tidak bercita-cita selalunya tidak tahu apa yang dicari dalam hidupnya. Moga kita tidak begitu. Hari ini tanpaku sedar kita sudah melangkah ke 1 Mac (itupun selepas aku menonton Malaysia Hari Ini pada pagi tadi). Tarikh yang mungkin tidak memberi sebarang erti pada orang lain tetapi mungkin sedikit sebanyak memberi penangan kepada calon-calon SPM 2009. Hari yang dinanti-nanti bakal tiba. Aku tahu mereka semua juga sama seperti, perasaan berdebar-debar, rasa tidak sabar-sabar dan rasa tidak mahu tahu keputusan pun ada juga. Betapa pantas masa berlari.

Bengkak mataku ketika hendak lena semalam. Aku bangun tika dini hari. Aku bangun meyerahkan diri kepada sang pencipta. Bengkak lagi mataku. Aku teringat pesanan daripada seorang abang.

apa yang perlu ekin wat sekarang ni selalu minta pada Allah k, jangan wat benda Allah larang, pasti apa yang ekin nak akan tercapai sebab Allah ni segan sangat kalau dia tak memenuhi permintaan hambanya yang sungguh-sungguh.

Aku tahu saat ini tawakal yang aku perlu. Aku akan redha dengan segala keputusan SPMku kelak. Aku berharap keputusan SPMku kelak tidak akan mengecewakan hati ibu dan ayahku yang bersusah payah untuk ku selama aku hidup di dunia ini.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seingat-ingat aku aku memang gemar benar berkongi tentang kesedihanku, pada sesiapa jua aku rasa aku senang untuk mengatakan yang aku sedang bersedih. Bukan salahku, itu cara aku menzahirkan perasaan aku tapi aku jarang bercerita kepada orang mengapa aku bersedih. Jikalau ditanya juga, aku pasti seboleh-bolehnya tidak bercerita. Aku merasakan bukan semua insan itu boleh menjadi pendengar yang baik. Aku merasakan kadang-kadang sebab aku merasa sedih itu harus dirahsiakan. Hanya mereka-mereka yang tertentu sahaja yang aku selalu bercerita tentang kesedihanku.

“La Takhaf wa la Tahzan, Innallah ha ma’a na”
“Janganlah kamu takut dan jgnlah kamu bersedih hati , sesungguhnya Allah bersama-samamu”

kalimah yang pasti akan memujuk hatiku. Ayahku kerap benar menyuruh aku mengamalkan kalimah itu. Sebentar tadi aku baru sahaja tamat berbual dengan sahabatku di alam dunia maya ini. Aku memberitahunya aku agak manja dengan kedua orang tuaku memandangkan aku hanyalah dua adik beradik sebelum kedatangan adikku yang bongsu ketika aku berusia 15 tahun. Tiba-tiba dia terus menceritakan tentang kisah hidup dan keluarganya yang selama ini dia rahsiakan dan hanya sahabat baiknya sahaja yang mengetahui. Basah lagi mataku ketika membaca tentang kisah hidup dan keluarganya. Sebak rasanya jikalau aku di tempatnya. Aku menaburkan sedikit nasihat untuk dirinya. Semoga dirinya terus kuat. Aku tahu aku juga kadang-kadang tidak kuat tapi aku akan sentiasa ingat bahawa kekuatan itu tidak perlu dicari tetapi perlu dibina. Aku tidak boleh bercerita tentang kisah hidupnya kepada sekalian pembaca semua tapi cukuplah untuk aku katakan betapa hidup ini Allah aturkan dengan cukup cantik. Maka bersyukurlah sekalian kamu semua yang ada pada hari ini.

Jika kita merasakan derita yang ditanggung oleh kita hari ini sudah cukup untuk membebankan bahu, menyesakkan dada, dan mengusutkan akal fikiran. Renunglah dengan matamu, bukalah pintu hatimu, luaskan akal mindamu, lihat di luar sana, bahawa ramai lagi sebenarnya insan yang menderita di atas bermacam-macam penderitaan tetapi kita mesti tidak pernah kisah akan semua itukan. Sedang kita mengalirkan air mata atas alasan yang apa-apa kerana menyangkakan itulah sebenarnya derita hidup, ramai lagi yang mengalirkan air mata disebabkan memang benar-benar derita hidup. Mesti ramai yang akan berkata hidup selalunya tidak indah seperti apa yang diimpikan. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di siang hari dan bermacam-macam lagi. Tapi siapakah kita? Siapa kita untuk tahu takdir dan hikmah di sebalik tiap kejadian. Itulah lukisan Alam.

Allah berfirman:
“Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfudzh)? Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.” (QS. Al Hajj: 70).

Abdullah bin Umar Berkata, “Aku pernah mendengar Rasululah bersabda:
“Allah telah menulis (menentukan) takdir seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi.” (HR. Muslim).

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
(sekadar renungan, lirik lagu Lukisan Alam oleh Hijjaz)

Gambar yang sempat kutangkap sebelum matahari menyembunyikan dirinya. Subhanallah..

13 comments:

nursyazwin berkata...

moga2 kputsn kte sume dpt mggmbirakn hati prnts msing2..amin~

Norashikin Abdullah berkata...

eh awin, dh baik demam?
insyaAllah, mudah2an..amin

diniesyafira berkata...

moga2 keputusan maktab kte terbaik!amin!insyaAllah.takut jgk ni.

faiq berkata...

doakan aqu brjaye ekin !

Norashikin Abdullah berkata...

dinie n faiq:
ok smga kite semua brjya dgn cmerlangnya..amin

Ameen Muslim berkata...

Assalamualaikum Norashikin,

Hmm... jgn sedih2 (laa tahzan). InsyaALLAH DIA akan bantu hambaNYA yang bersungguh2 dan selalu mentaati suruhanNYA. Kami, sahabat-sahabat Shikin, akan senantiasa mendoakan kejayaan Shikin di dunia dan akhirat sama seperti kami mendoakan diri kami sendiri (sama2 saling mendoakan). Saya pun pernah alami perasaan chuak menanti bulan... time SPM. Apa2 pun, hadapi dgn tenang. Wokey! Weeeee~~~ *ceria*

Norashikin Abdullah berkata...

ok trima ksih abg ameen muslim, insyaAllah amin..trma ksih..
ok ~~ngeee**ceria

tepianmuara berkata...

tunggu rslt spm..
amik rslt..
temuduga..

pejam celik pejam celik..
sambung belajar..

dah kat negara orang..

pantas kan masa berlalu?

haa..
tenangkan diri..InsyaAllah ok.

MiztER MURTphalanx! berkata...

ALLAHu Rabbi...

kesedihan itu bait2 indah permulaan 1001 kebahagiaan...
Mencari kebahagiaan itu bererti berani memasuki lembah derita,mendaki gunung berpaksi rintangan... Disebalik gunung itu menanti titian landai mudah menuruni indah melalui,itulah KEBAHAGIAAN...

Norashikin Abdullah berkata...

tepian muara:
a,aa betul3x
pntas sgt
ok trima ksih, insyaAllah

murt:
terima ksih murt
indahnya ayat2 murt bg tuh
ekin ske
insyaAllah
trma ksih.. :)

assyuhada berkata...

adeiyh cuak plak, ekin....terima kasih byk2 sbb mengingatkan hamba yg slalu lupe

Tanpa Nama berkata...

Ekin, blog ko nih panjang sangat la, penat taw tak, aku nak baca..

Ekin, aku tak suka lah cara ko tulis kat blog ko, sastera sangat, guna bahasa melayu sangat

blog dia ni punya layout tak cantik,orang lain semua pakai template, dia dok pakai background lagi, lagunya tak best..

alaa dia ni suka membebel, berleter, cerita tak menarik lansung, tak reti menulis..

Norashikin Abdullah berkata...

haha, ko wat ak skit perut, cop spe yg jujur sgt ni, time kaish, tp ko x cukup jujur, asal x letak nme,ko tkut ak mrah ek..alaa, x kesa pun...
trma kasih :)